Kawan-kawan sealiran

Hoya dan Lily

Petang semalam round sekeliling rumah dan jengok kat rumah orkid dan juga tempat-tempat yang ada orkid di rumah. Di luar pagar rumah nampak lily sedang kembang, dah lama dia tak kemmbang. Di rumah kak ani ni ada juga tanam beberapa jenis lily tapi jenis ni yang rajin berbunga yang lain tu malas sikit. Bila ke Cameron Highland ada jugak beli ubinya. Boleh hidup tapi tak rajin berbunga.





Di samping lily di rumah ni ada juga sepasu dua hoya. Akak suka hoya ni bila dia kembang, wangi cantik bergantungan di beranda. Tapi jarang pulak dia berbunga banyak kuntum paling banyak 2 kuntum. Masih mencari jenis-jenis hoya lain tapi agak sukar disamping kak ani sendiri tak berapa kenal pokoknya, di nurseri sukar nak dapat. Menurut kawan-kawan yang tahu pokok hoya ni membiak di kawasan kampong dan hutan.







Ini hoya carnosa

Ini pula hoya pubicallyx







Ini kuntum yang belum kembang.

Keletihan

Lamanya tak update blog ni. Bukan aper tak ada cerita baru yang nak diceritakan. Sekarang ini tak tahu pasal aper, rasanya waktu macam padat sangat.

Tina pun ada telefon tentang doritis yang dia belikan untuk kak ani, tapi tak ada masa nak ambik. Bila ada masa terluang sikit, rasa tak larat pulak nak memandu. Jadi tunggulah dulu sehingga badan rasa larat. Ada satu dua pokok yang berbunga. Nantilah bila dah ada moodkan akak snapkan gambarnya.

Keluarga Baru Di Rumah

Pagi tadi semasa dalam perjalanan nak bersarapan pagi TTDI, teringat pokok dendro gatton sunray yang dah booking dengan tina beberapa hari lepas. Sebenarnya setiap kali ke rumah tina dalam hati senyap menyimpan hasrat ingin memiliki gatton sunray. Tapi memandangkan harganya agak mahal pada akak, pendamlah dulu hasrat tu.

Tapi nak jadi rezeki, pagi ahad tu, jalan-jalan ke blog tina, nampak tina nak jual pokok gatton sunray yang dia tanam depan rumah dia, wah aper lagi cepat-cepat booking dengan tina. Nasib baik tina kata belum ada orang lagi. Inilah diletak sementara di sini dulu di antara pokok-pokok orkid pinang:



Ini pokoknya. Nampak tak dah ada bunganya. Akak perhatikan semasa dengan tina bunga ni selalu berbunga. Cantik. Harap dah pindah rumah baru di Shah Alam ni samalah rajinnya berbunga yer.



Ini setangkai bunganya yang baru nak kembang. Nanti dah kembang penuh akak pastekan gambarnya kat sini.





Ini pun beli dari tina tadi. Kata tina Phal ni berbau wangi. Sekarang suka tengok phalenopsis ni. cute sangat.

Di bawah ni nodusa yang rajin sangat berbunga. Sekali berbunga paling sikit dalam 3 kuntum. Tapi kali ni 4 kuntum dan ada lagi spike yang dah keluar.









Ini pun tak berhenti2 berbunga.

Orkid Pinang ( Spathoglottis.)

Di rumah kak hanim adalah pokok orkid pinang ni dalam 5 pasu, ada warna putih, pink, unggu, kuning dan satu lagi tak ingat. Sayangnya yang 2 pasu ni jerlah yang rajin berbunga. Yang lain2 tu nak kata jantan, dulu masa baru-baru tanam semua dah berbunga. Lepas habis bunga tu sehingga sekarang pokoknya subur bukan main, tapi sayangnya tak mahu berbunga. Dah bubuh baja tahi kambing, tahi ayam dan entah apa-apa bajalah lagi termasuk baja cap X. Tapi degil juga. Nampak gaya kena ugut ni. Campak jer ke longkang.

Inilah dua pokok yang rajin berbunga, tak putus-putus.





Inilah penghibur hati.

Mimi Palma berkembang lagi

Mimi Palma yang dipindahkan dari induknya beberapa bulan lalu telah mengeluarkan bunganya. Wangi sangat. Kadang-kadang macam bau bunga melor.



Phalenopsis yang berkembang dibawah ni tina yang tolong belikan. Wangi juga baunya.





Phal ni pun masih lagi kembang. Lama jugak dia bertahan



Related Posts with Thumbnails
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Lambaian Orkid |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net