Kawan-kawan sealiran

Merpati Berterbangan

Rakit berbau kayu setanggi
Menyeru datang si pari-pari
Orkid merpati kembang mewangi
Sayang cantik mu hanya sehari


Bunga orkid merpati ni kembang pada minggu lepas. Mulanya aku tak perasan. Pokok ni agak terlindung sebab aku gantung di patio porch. Ketika mengintai pokok-pokok orkid lain nak cari mana yang ada spike, tiba-tiba terbau wangi, pusing belakang nampak orkid merpati ni berkembangan.









Dengan ini pendapat yang mengatakan bahawa orkid merpati hanya berbunga sekali setahun dah tak relevan. Sebab pokok ni baru berbunga dalam bulan Mac atau April lalu. Tapi masa itu dia kembang dengan lebatnya.





Ini kembang awal tahun ini.

Selingan........

Tumbang Dan Berkecai



Sekarang ni boleh dikatakan tiap-tiap hari hujan. Kalau petang tak hujan, hujan malam. Di atas adalah gambar pasu pokok keladi aku yang jatuh terhempas dan berkecai. Masuk yang ini dah 3 kali pasu jatuh dan pecah. Tak tau siapa yang menjatuhkannya. Tak pasti. Mungkin angin yang buat. Aku terfikir mungkin kucing. Tapi kalau kucing tu tak buat, berdosa pulak aku tuduh dia. Tapi yang pasti setiap kali lepas hujan lebat, besoknya mesti ada pasu yang pecah. Sehingga sekarang aku belum ganti lagi pasu tu.

Pasu disebelahnya tu pun jatuh juga beberapa hari sebelum ini.





Bunga kertas yang tingginya dah mencapai beranda rumah ni pun rebah menyembah bumi. Tidak tahu siapa yang menumbangkannya. Yang pasti memang bukan kucing. Ini mungkin kerana tiupan angin kuat disertai hujan lebat di sebelah malamnya. Tak kuat rupakan akar pokok ni. Ini pun masih terbaring disitu. Aku belum buat apa-apa. Tak tahu nak buat apa.

Alamanda siam berkembangan





Hasil dari hujan yang kerap, alamanda siam ni berkembangan. Seronok tengok bunganya yang segar dan besar. Adat kehidupan, setiap kesedihan ada penawarnya.
Related Posts with Thumbnails
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Lambaian Orkid |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net