Kawan-kawan sealiran

Cik Mimi Dan Cik Vanda Purple

Terima kasih pada kawan-kawan yang singgah dan tinggalkan ulasan. Terima kasih juga kerana berminat untuk mengikuti perkembangan blog orkid ni.  InsyaAllah saya akan singgah dan follow blog kawan-kawan semua dalam masa terdekat.

Memandangkan hari ini ada banyak masa terluang saya lekatkan lagi gambar orkid yang sedang berbunga untuk tatapan kawan-kawan.

Sekarang ni mungkin musim mimi palma berkembangan. Saya ada perhatikan, kalau satu-satu masa tu hujan turun agak kerap, beberapa pasu mimi palma ada bunga. Kak Ani ada mimi palma ni lebih kurang 6 pasu, warnanya kuning, purple dan coklat,


Mimi Palma ni harum. Yang bewarna kuning ni jenis spesis. Bau harumnya lebih wangi dari mimi palma hibrid seperti dibawah ini.




Di bawah ni pulak orkid vanda bewarna purple. Agak lama jugak ni. Gambar ni diambil kelmarin, masa tu bunga ni dah lama berbunga dan kembang.






Sekian dulu, semoga bahagia selalu, ada kelapangan saya balik lagi ke sini.


Yang Berkembangan Sehingga Kini...

Sekarang ini dirumah adalah beberapa pasu yang bunganya sedang berkembangan.












Cattleya yang berwarna putih campur purple tu wangi sangat baunya dan cattleya warna putih tu pun harum lembut. Seronok kalau berdekatan dengannya.

Sekian dulu....

Antara Yang Masih Dikenang

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum kepada semua kawan-kawan yang singgah. Agak lama saya tak kembali ke taman orkid saya ni. Bukan lupa tapi kadang-kadang saya agak banyak membahagikan masa di Kerdipanrohani.

Kali ini lekatkan orkid-orkid yang pernah hadir ditaman orkid saya yang tak sebesar mana tu. Gambar orkid ni pernah saya masukkan dalam blog kerdipanrohani. Sebagai kenangan untuk saya sendiri, saya lekatkan sekali lagi gambar orkid vanda ni. Itu saja nama yang dapat saya berikan kepada orkid ni.





Bunga putih tu lama sungguh bertahan hampir sebulan, yang orange tu pulak lebih kurang 2minggu,



Orkid ni juga ada hadir pada bulan lepas, kembangnya agak lama lebih kurang 2 minggu, sayangnya saya sibok, jadi tak adalah saya ceritakan di sini.

Related Posts with Thumbnails
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Lambaian Orkid |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net