Kawan-kawan sealiran

Terpandang Beli Juga

Hari Ahad lepas aku ke Pasar Tani berhampiran Stadium Shah Alam. Tujuan ke sana nak beli baja tahi kambing untuk pokok orkid. Tapi tiba disana lain pulak yang dibeli selain baja taik kambing, beli jugak baja soya, baja pil (tak tau nama sebenar), beli pasu plastik 4 biji dan dawai untuk gantung pasu, dan yang tak ketinggalan beli juga pokok orkid ni walaupun dari rumah dah berniat tak nak beli lagi orkid buat sementara waktu





bunga dari dekat

Murah jer rm7.00. Tertarik dengan warna pink lembutnya tu.

Ini juga dibeli dengan harga RM 15. Kata orang yang jual orkid ni asco. Ada dua spike.





Pada sebelah petang pulak, kak ani jalan-jalan ke nurseri di Sunga Buluh konon nak beli pasu. Tapi pasu tak beli berakhir dengan beli keping-keping batu pijak (tak tau nak panggil apa). Konon untuk refleksologi.

Dalam perjalanan balik akak singgah di nurseri Hew, nak beli pasu. Kali ni belilah pasu. Dan tidak ketinggalan juga beli 2 pokok orkid. Masing-masing harga rm8.00. Bunga biasa-biasa sajer. Dendro dan asco.



Dendro belum sempat nak download.



Inilah rupa batu-batu pijak yang akak beli tu. Dah letak dalam taman kenek akak tu.

Sambungan - Finlay dan Arudina Berbunga lagi

Orkid finlay ni rajin berbunga, ada 3 pasu lagi pokok ni di rumah tapi yang ni jerlah penghibur hati di atas kerajinannya berbunga





Sila abaikan latar belakangnya tu yer



Adurina ni juga berbunga, yang kembang baru sekuntum. Sayangnya dia tinggi di awan biru, tu yang gambar jadi macam ni. Ini pokoknya asalnya diambil semasa dalam perjalanan ke Cameron Highland melalui Simpang Pulai. Sekarang dah membiak jugak.





Arudina ni rajin berbunga, tapi tak banyaklah, sekali berbunga sekuntum dua jer.


Malam dah hampir 1.00 pagi, mohon diri dulu, esok kalau ada kelapangan akak sambong lagi

Bunga-bunga berkembangan

Wah dah hampir sebulan rupanya tak update blog ni. Bukan lupa tapi tak ada benda baru yang nak ditulis. Sebok pun ada juga sikit. Balik kamponglah, jalan-jalanlah dan macam-macam lagilah.

Setelah melihat dipersekitaran, nampaknya adalah orkid2 yang lama bercuti tu mengeluarkan bunga. Jadi bolehlah pastekan kat sini.

Mula-mula bunga ni. Vanda agaknya. Bunga dah lama dibeli semasa ke Kuala Terengganu dulu. Selepas gugur bunga yang ada semasa dibeli dulu, dah hampir setahun, baru sekarang berbunga. Puas dialih kesana kemari, tempat redup, tempat kena cahaya matahari. Dipujuk, diugut nak campak jer jika tak berbunga, akhirnya berbunga jugak dia.



Masih kudup



Baru separuh jer kembang

Esok mungkin vanda merah ni akan kembang sepenuhnya.

Dendrobium ni pulak memang rajin berbunga. Harapkan dendro jerlah yang menyerikan rumah ni sikit, yang lain-lain susah nak berbunga. Cattleya langsung senyap sunyi.







Dendro ni sekuntum ni jer kembang, ada 2 kuntum lagi tak kembang



Dendro genting blue

Genting blue ni pun tinggal 2 kuntum jer bunga, selebihnya layu sebelum kembang. Tak tahu kenapa.



Orang kata ini orkid ular
Related Posts with Thumbnails
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Lambaian Orkid |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net