Kawan-kawan sealiran

Cattleya Putih DahKembang

Hari ini macam biasa, selepas sholat subuh, mengaji dan buat apa yang patut, saya buka pintu ke beranda. Mata terus memandang pasu orkid cattleya yang semalam nampak dah bersedia untuk kembang. Dan memang pun hari ini dia kembang.

Dah lama cattleya-cattleya yang ada kat rumah tak berbunga. Tapi Alhamdulillah nampaknya berkat kesabaran menanti, berbunga juga dia. Semoga yang lain terus berbunga.





Nampaknya ada satu lagi kudup yang hampir kembang. Mungkin esok kembanglah tu.

Orkid Liar

Pagi tadi semasa jalan-jalan diberanda ternampak orkid liar ni. Orkid ni saya ambik ketika ke rumah besan di Taiping. Saya ikatkan di tiang. Subur nampaknya tapi jarang berbunga. Dia akan mengeluarkan bunga kalau kerap hujan.







Ini bunganya bila dibesarkan.



Ini gambar semasa saya jumpa pokoknya ditempat asal dia di pokok kelapa.

Kembang Juga Akhirnya

Hari Sabtu lepas merupakan hari pertama saya turun ke tingkat bawah rumah saya ni selepas bertapa selama 4 hari di tingkat atas kerana tak berani nak naik turun tangga selepas buat injeksyen lutut ni.

Semasa turun untuk balik ke Dungun, saya nampak beberapa pasu orkid sedang kembang termasuklah sepasu cattleya. Wah lama cattleya merajuk, akhirnya ada juga yang kembang. Kata Sakinah, "wah mama, bunga-bunga kembang sambut mama turun ke bumi". Aku minta supaya sakinah alihkan pasu-pasu tu letakkan di bawah porch supaya tidak terkenan air hujan untuk mengelakkan bunga tu cepat gugur.

Hanya bunga cattleya yang sempat aku snap gambar. Itu pun guna handphone. Bunga-bunga lain tak sempat. Sekarang sekali lagi aku tak boleh ke bawah, tunggulah sehari dua lagi selepas injeksyen keduanya meresap.





Inilah cattleya yang kembang. Ada dua pasu lagi yang sedang mengeluarkan kuntum untuk kembang.

Memandangkan saya tak boleh ke tingkat bawah untuk melihat bunga-bunga disitu, saya jalanlah perlahan di beranda ni, tengok bunga-bunga yang kembang. Saya pastekan balik orkid yang telah saya pastekan dalam entri lepas. Sekarang bunga-bunga ni dah berkembang sepenuhnya.







Related Posts with Thumbnails
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Lambaian Orkid |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net