Kawan-kawan sealiran

Orkid-orkid Ku


Finlay




Pagi tadi selepas breakfast masa nak menyiram pokok-pokok orkid tiba-tiba ternampak finlay berbunga 3 tangkai, wah meriahnya. Inilah pertama kali finlay ni berbunga 3 tangkai sekaligus dan ada lagi satu tangkai sedang berputik.

Bila perhatikan ada juga dua tiga pasu lagi orkid yang berbunga, saya ambil kesempatanlah untuk membuat sesi fotografi untuk orkid-orkid ni.


cattleya

Cattleya yang baru habis bunganya musim lepas, berbunga lagi 2 kuntum. Alhamdulillah, wangi semerbak.


Phall. bellina

Phall bellina atau kawan-kawan panggil 'penang girl' ni pun sentiasa berbunga dengan mengeluar baunya yang harum semerbak.


Ini pun rajin berbunga dan kembang lama



dendrobium





dendrobium genting blue



Ini juga dendrobium genting blue juga

Dua orkid dendro di atas adalah dari jenis genting blue tapi mungkin imbasan cahaya semasa mengambil gambar jadi warna tu betul-betul biru. Sesi fotografi ni berjalan dengan menggunakan handphone sahaja.


Tak Pasti namanya Mungkin species Vanda juga



Vanda mokara

Bunga vanda pink ni pernah saya paste disini dalam N3 terdahulu. Masa tu vanda ni belum bloom betul, sekarang dan bloom sepenuhnya.
Related Posts with Thumbnails
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Lambaian Orkid |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net