Kawan-kawan sealiran

Nadosa Pink & Hoya Merah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ





Alhamdulillah ada nadosa pink kembang 3 kuntum dalam satu pasu di depan rumah. Nadosa pink ni diberikan seorang pekerja nurseri kepada saya percuma kerana ketika itu pokok tu dah macam nak jalan......

Saya bela dan belai, akhirnya inilah hasilnya pokok yang sudah tidak diingini oleh nurseri tu kerana dah tak subur.

Di beranda rumah saya juga sedang berkembang 3 kuntum hoya dari dua pasu. Wangi bau bunga hoya ni.



Yang Sedang Mekar Di Rumah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Di rumah buat masa ni ada beberapa pasu cattleya yang sedang berbunga. Seronok tengok. Di bawah ni ada beberapa gambar mengenai bunga cattleya yang sedang berbunga di beranda rumah saya dan di taman cenonik saya tu:





Cattleya orange yang sedang lebat berbunga di beranda rumah saya. Kali ini dua tiga tangkai dia berbunga. Cattleya di bawah ni juga sedang berkembang di beranda rumah saya. Alhamdulillah.


Cattleya merah ni (maaflah saya dah tak ingat nama cattleya ni sebenar) rajin juga berbunga. Saya gantung orkid cattleya ni di porch rumah saya.



Ditaman cenonik didepan rumah saya ada juga kembang beberapa pasu orkid. In saya pastekan gambar-gambarnya.



Ini kalau tak salah saya vanda mokara. Dia ni jarang-jarang berbunga, tapi kalau dah berbunga puaslah kita memandangnya kerana dia ni tahan lama.



Anosmum ni saya ada tanam beberapa pasu. Jadi dia bergilir2 berbunga. Masa baru-baru tanam dulu, jenuh jugaklah nak tunggu dia berbunga. Alhamdulillah bila dah berbunga, rajin pulak berbunga.

Cik Mimi Palma kuning dan purple ni juga sedang semerbak harum di taman cenonik saya ni. Cik Mimi Palma ni pun rajin berbunga. Saya ada tanam beberapa pasu di rumah, jadi mereka ni pun bergilir2 juga berbunga.



Orkid sherry baby ni juga berbau harum. Sentiasa berbunga.


Seperti biasa setiap N3 saya selalu ada orkid nadosa ni. Memandangkan saya ada warna pink, orange dan kuning, jadi bergilir-gilir dan kadang sekaligus mereka berbunga.



Di bawah ni beberapa jenis dendrobium yang sedang berkembang di beranda rumah saya. namanya minta maaflah dah lupa.






Ini saja untuk kali ini, InsyaAllah ada masa saya tampalkan lagi orkid2 yang berbunga.

Biasa-biasa jer

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Kali ni tidak ada apa keistimewaan pun orkid saya. Bunga yang biasa juga yang rajin berbunga. Saya tepekkan juga sebagai penyeri blog ni.

Sebagai pembuka pagar taman orkid cenonek saya ni saya suruh vanda yang jarang-jarang berbunga ni yang sambut. Kita dera dia sikit sebab malas sangat nak berbunga.



Cik cattleya merah dan putih ni pun sukarela nak menunjukkan diri. Si putih ni ada beberapa pasu, jadi masing-masing bergilir-gilir berbunga. Cattleya yang merah ni jarang-jarang berbunga, kedekut sikit:



Nodusa memang rajin berbunga, ada 2 pasu yang bewarna kuning. Sentiasa ada kuntum yang kembang. Penglipurlara jugalah dia.



Selain orkid-orkid di atas tu ada lagi dua tiga jenis yang kembang seperti dendrobium




Kat sini dululah yer, nanti ada masa saya sambung lagi.
Related Posts with Thumbnails
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Lambaian Orkid |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net