Kawan-kawan sealiran

Lamanya Tak Masuk Ke sini

Lama sungguh saya tak menjengok rumah orkid saya ni. Semenjak entri terakhir hari tu banyak juga bunga yang kembang. Sayangnya saya kekurangan masa untuk ke sini.



Selepas cattleya putih kembang, cattleya ni pula kembang. Sayangnya cattleya ni kembang tak lama. Tidak seperti cattleya yang putih hari tu. Dia ni bertahan lebih kurang 4 hingga 5 hari saja.

Di bawah ni orkid vanda mokara yang rajin jugak berbunga.





Mini dendrobium seperti biasa rajin kembang. Bunga ni saya tanam dalam bakul.





Phalenopsis ni saya beli semasa Pameran Orkid di SACC tahun lalu. Genap setahun satu pokok mengeluarkan bunga. Yang lain nampaknya belum bersedia lagi.





Saya beli 3 pasu. Saya lekatkan dibatang pokok seperti di atas.

Ini Phal Bellina, rajin berbunga, tak putus-putus. Bertukar ganti. Harum semerbak





Ini pun rajin berbunga. Phal ni tak berbau.



Oncidium pun ada 2 pasu yang berbunga. Ini salah satunya



Saya perhatikan semenjak hujan kerap turun sekarang ni orkid arudina saya rajin berbunga. Sekarang saya rasa faham sedikit dengan pokok orkid ni, iaitu ia perlu rajin disiram untuk memgalakkan dia berbunga.



Cattleya Putih DahKembang

Hari ini macam biasa, selepas sholat subuh, mengaji dan buat apa yang patut, saya buka pintu ke beranda. Mata terus memandang pasu orkid cattleya yang semalam nampak dah bersedia untuk kembang. Dan memang pun hari ini dia kembang.

Dah lama cattleya-cattleya yang ada kat rumah tak berbunga. Tapi Alhamdulillah nampaknya berkat kesabaran menanti, berbunga juga dia. Semoga yang lain terus berbunga.





Nampaknya ada satu lagi kudup yang hampir kembang. Mungkin esok kembanglah tu.

Orkid Liar

Pagi tadi semasa jalan-jalan diberanda ternampak orkid liar ni. Orkid ni saya ambik ketika ke rumah besan di Taiping. Saya ikatkan di tiang. Subur nampaknya tapi jarang berbunga. Dia akan mengeluarkan bunga kalau kerap hujan.







Ini bunganya bila dibesarkan.



Ini gambar semasa saya jumpa pokoknya ditempat asal dia di pokok kelapa.

Kembang Juga Akhirnya

Hari Sabtu lepas merupakan hari pertama saya turun ke tingkat bawah rumah saya ni selepas bertapa selama 4 hari di tingkat atas kerana tak berani nak naik turun tangga selepas buat injeksyen lutut ni.

Semasa turun untuk balik ke Dungun, saya nampak beberapa pasu orkid sedang kembang termasuklah sepasu cattleya. Wah lama cattleya merajuk, akhirnya ada juga yang kembang. Kata Sakinah, "wah mama, bunga-bunga kembang sambut mama turun ke bumi". Aku minta supaya sakinah alihkan pasu-pasu tu letakkan di bawah porch supaya tidak terkenan air hujan untuk mengelakkan bunga tu cepat gugur.

Hanya bunga cattleya yang sempat aku snap gambar. Itu pun guna handphone. Bunga-bunga lain tak sempat. Sekarang sekali lagi aku tak boleh ke bawah, tunggulah sehari dua lagi selepas injeksyen keduanya meresap.





Inilah cattleya yang kembang. Ada dua pasu lagi yang sedang mengeluarkan kuntum untuk kembang.

Memandangkan saya tak boleh ke tingkat bawah untuk melihat bunga-bunga disitu, saya jalanlah perlahan di beranda ni, tengok bunga-bunga yang kembang. Saya pastekan balik orkid yang telah saya pastekan dalam entri lepas. Sekarang bunga-bunga ni dah berkembang sepenuhnya.







Vanda Mimi Palma, nodusa dan Phalenopsis

Ada satu pasu mimi palma yang kembang dan begitu juga phalenopsis serta nodusa



nodusa dari pokok yang baru dibeli di dungun dahulu. Bunganya lebih panjang dan besar dari pokok lama



Mimi palma yang harum









Phalenopsis yang sentiasa kembang bergilir antara pasu yang ada.

Orkid Yang Berkembangan Di Rumah

Wah lama betul tak masuk sini. Dah lebih sebulan. Ada juga orkid yang sedang berbunga di persekitaran rumah, tapi masa begitu pendek rasanya dalam sehari, tak berkesempatan nak update blog ni.

Hari ni memandangkan masa ada sikit, saya nak pastekan gambar-gambar orkid yang kembang sebagai pencuci mata, kalau boleh dipanggil pencuci mata. Yang banyak berkembang adalah dari jenis denrobium. Vanda langsung tak ada yang kembang. 2 hari lepas ada juga jengok-jengok di rumah orkid, ada nampak sepasu yang sedang mengeluarkan spike. Mudah-mudahan tak layu sebelum berkembang.

Cattleya pun nampaknya ada 3 pasu sudah mengeluarkan kuntumnya dari kelongsong.

Dendrobium


















Cymbidium








Oncibium






Dua jenis yang berlainan

Kad Ucapan Selamat Hari Raya Dari Aya





Terima kasih aya, kak ani dah ambik kad dari aya. Terima kasih atas ingatan. Selamat Har Raya akak ucapkan walaupun hari ni dah 3 shawal.

Phalaenopsis

Antara Phal yang kembang di rumah











Related Posts with Thumbnails
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Lambaian Orkid |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net