Terima kasih pada kawan-kawan yang singgah dan tinggalkan ulasan. Terima kasih juga kerana berminat untuk mengikuti perkembangan blog orkid ni. InsyaAllah saya akan singgah dan follow blog kawan-kawan semua dalam masa terdekat.
Memandangkan hari ini ada banyak masa terluang saya lekatkan lagi gambar orkid yang sedang berbunga untuk tatapan kawan-kawan.
Sekarang ni mungkin musim mimi palma berkembangan. Saya ada perhatikan, kalau satu-satu masa tu hujan turun agak kerap, beberapa pasu mimi palma ada bunga. Kak Ani ada mimi palma ni lebih kurang 6 pasu, warnanya kuning, purple dan coklat,
Mimi Palma ni harum. Yang bewarna kuning ni jenis spesis. Bau harumnya lebih wangi dari mimi palma hibrid seperti dibawah ini.
Di bawah ni pulak orkid vanda bewarna purple. Agak lama jugak ni. Gambar ni diambil kelmarin, masa tu bunga ni dah lama berbunga dan kembang.
Sekian dulu, semoga bahagia selalu, ada kelapangan saya balik lagi ke sini.
Anosmum Kembali Menyeri
-
Alhamdulillah tiba² je teringat Seri Orkid. Terjah ke sini jap tengok²...
Aduhh lama betul tak ke mari. Pokok² orkid ada je yang berbunga bawah
rumah or...
Seminggu yang lalu