Kawan-kawan sealiran

Cik Mimi Dan Cik Vanda Purple

Terima kasih pada kawan-kawan yang singgah dan tinggalkan ulasan. Terima kasih juga kerana berminat untuk mengikuti perkembangan blog orkid ni.  InsyaAllah saya akan singgah dan follow blog kawan-kawan semua dalam masa terdekat.

Memandangkan hari ini ada banyak masa terluang saya lekatkan lagi gambar orkid yang sedang berbunga untuk tatapan kawan-kawan.

Sekarang ni mungkin musim mimi palma berkembangan. Saya ada perhatikan, kalau satu-satu masa tu hujan turun agak kerap, beberapa pasu mimi palma ada bunga. Kak Ani ada mimi palma ni lebih kurang 6 pasu, warnanya kuning, purple dan coklat,


Mimi Palma ni harum. Yang bewarna kuning ni jenis spesis. Bau harumnya lebih wangi dari mimi palma hibrid seperti dibawah ini.




Di bawah ni pulak orkid vanda bewarna purple. Agak lama jugak ni. Gambar ni diambil kelmarin, masa tu bunga ni dah lama berbunga dan kembang.






Sekian dulu, semoga bahagia selalu, ada kelapangan saya balik lagi ke sini.


30 ulasan:

Nisa berkata...

Dulunya mak angkat saya pernah menanam pokok orkid seperti ini. Sangat lawa, but tak kerap membunga.

ieda berkata...

rajin akk tanam orkid .. nak jaga payah kan .. nak berbunga pun payah , bila berbunga , masyaallah cantik ciptaan allah ..
saya suke tgk .. nak tanam x minat huhuh

Myra Jay berkata...

Suka Orkid sebab bentuk dia cantik..

Dan Myra suka yg kaler pepel tu :)

Hamasah Islam berkata...

i love it...
cantik sekali..
:)

LIPISLADY berkata...

Sallam Kak Ani,

Cantik2nya orkid ni kak Ani,
lama tak dengar lagu orkes El-Suraya ni, segar rasanya jiwa, teringat kenangan lama..terima kasih atas lagu ini kak Ani..

Kunang-Kunang berkata...

Nisa,

Maaf lambat respon pada ulasan Nisa, jarang masuk sini,

Memang kak ani pun sebenarnya orkid ni taklah selalu berbunga. Kena sabar menunggu

Kunang-Kunang berkata...

ieda,

Memang orkid ni nak berbunga lambat. Tapi dah berbunga lamalah dapat menikmati bunganya. Tu yang seronok.

Kunang-Kunang berkata...

Mayra,

Yang purple tu sekarang dah tumbuh dan kembang tangkai keduanya, Sedang berkembang dipasu, Alhamdulillah.

Kunang-Kunang berkata...

Hamasah,

Terima kasih. Terima kasih singgah.

Kunang-Kunang berkata...

LipisLady,

Alhamdulillah dapatlah nikmati kecantikannya lama sikit bila berbunga, nak tunggu berbunga yang siksa sebab kita ni pun main tanam jer tak berapa tahu tentang penjagaannya.

~~zana@pb~~ berkata...

Salam kenal kunang-kunang......teringat emak saya, suka sgt dgn orkid. Kalau bw dia berjalan, mata dia tak lepas tgk pokok orkid tepi jln atau rmh org. Skrg dah tak de hobi dia tu kerana takde sape tlg jaga.

syiela berkata...

suka dengan orkid tapi buat masa sekarang tak sempat nak membelai lagi takut kang bila ada nanti terbiar layu camtu je.. terlalu kalut dengan anak kembar saya ni.itupun dah cukup tak mng tgn.

Kunang-Kunang berkata...

Salam Zana

Salam kenal dan terima kasih singgah di sini.

Memang kadang2 terasa juga penat nak menjaganya.

Kunang-Kunang berkata...

Syiela,

Terima kasih singgah. Tak aperlah ada masa kelapangan besok bolehlah cubakan.

Myra Jay berkata...

Kak, macam mana kak jaga Orkid ni sampai kembang cantik camni? Pandai akak jaga ;)

fatmasha berkata...

kak...saya ni mmg tangan panas...tanam orkid pasti mati..belum apa2 pun...ada petua yg boleh dikongsi supaya menjadi..saya cukup berminat pasal orkid ni...

nur berkata...

mendamaikan tgk bunga bunga ni..

duniafana berkata...

cam susah ja nak jaga pokok arkid ni kak?

Fzah Ruslan berkata...

Saya suke tgk blog akak. Saya baru berjinak² dgn orkid, jadi blog akak bagi galakan untuk terus grow orkid...

Cume kan kak, gambar² akak macam kurang jelas, jd x dapat menikmati keindahan bunga akak betul².

Untuk dapat gambar close up bunga / objek kecil yg jelas, akak ambik setting / tekan button yg ada gamba bunga pd camera. Akk hold capture button untuk fokus a few times, sampai imej betul² jelas pada skrin, tanpa lepaskan button tu, baru akak press. Sure gambar akak lebih jelas dan nyata. ;)

Teruskan menulis !

ieda berkata...

cantik2nyaa kak
siap ada dwi warna tuu ;)

QasehnyaRania berkata...

oh cantiknya..
meriah je..
selamat tahun baru akak ;)

Myra Jay berkata...

Seronoknya tengok tanaman akak, menjadi, elok subur.. Memang cantik la ;D

QasehnyaRania berkata...

meriah je bunga2an ini

Pok Li berkata...

Saya suka tengok tak suka tanam. Salam singgah.

TukangKebun berkata...

Salam Perkenalan.
Cantik orkidnya. Corak macam leopard.

QasehnyaRania berkata...

seronoknya tgk ia tumguh mekar kan

Myra Jay berkata...

Kekadang dengan memandang bunga, kita akan temui ketenangan jugak kan kak ;)

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Kepada semua yang singgah, saya tak dapat update blog ni lagi kerana terdelete secara tak sengaja, ada masa saya akan bina blog baru untuk orchid saya.

Terima kasih singgah yer

HASLIZA IBRAHIM berkata...

Cantikkk ye bunga tu

HASLIZA IBRAHIM berkata...

Cantikkk ye bunga tu

Related Posts with Thumbnails
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Lambaian Orkid |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net