Kawan-kawan sealiran

Mengharumi Laman

Sekarang ni beberapa pokok orkid sedang mengembang di rumah. Apa yang sangat mengembirakan kak ani ialah pokok yang berbunga ni adalah pokok orkid yang dah lama di beli tapi tak pernah berbunga dan juga yang dah lama mogok tak berbunga kini berbunga.



Rhy giganta red (Aku harap ejaan aku ni betul)

Inilah bunga yang mula-mula tina tolong belikan. Terima kasihlah tina. Bunga ni harum sangat baunya sepanjang hari.



Yang ni rajin berbunga, kawan kak ani (paradox) kata dia panggil pokok ni phal pasar malam, mungkin sebab ada dijual di pasar malam. Tapi akak beli bukan di pasar malam, beli di nurseri. He he. tak aperlah, pasar malam, pasar malamlah, janji dia rajin berbunga.

Yang dua ni pulak, semenjak habis bunganya ketika beli dulu, inilah baru berbunga semula



Yang ni pulak akak tanam dari cutting, ini pertama kali berbunga.



Dua-dua ni kalau tak silap mokara namanya. Kalau silap betulkan ek.



Yang ni pulak kali kedua berbunga selepas dibeli dulu.



Dendrobium yang selalu berbunga. Tapi tak tau dendro aper.

Nanti sambung yer.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Lambaian Orkid |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net