Kawan-kawan sealiran

Terpandang Beli Juga

Hari Ahad lepas aku ke Pasar Tani berhampiran Stadium Shah Alam. Tujuan ke sana nak beli baja tahi kambing untuk pokok orkid. Tapi tiba disana lain pulak yang dibeli selain baja taik kambing, beli jugak baja soya, baja pil (tak tau nama sebenar), beli pasu plastik 4 biji dan dawai untuk gantung pasu, dan yang tak ketinggalan beli juga pokok orkid ni walaupun dari rumah dah berniat tak nak beli lagi orkid buat sementara waktu





bunga dari dekat

Murah jer rm7.00. Tertarik dengan warna pink lembutnya tu.

Ini juga dibeli dengan harga RM 15. Kata orang yang jual orkid ni asco. Ada dua spike.





Pada sebelah petang pulak, kak ani jalan-jalan ke nurseri di Sunga Buluh konon nak beli pasu. Tapi pasu tak beli berakhir dengan beli keping-keping batu pijak (tak tau nak panggil apa). Konon untuk refleksologi.

Dalam perjalanan balik akak singgah di nurseri Hew, nak beli pasu. Kali ni belilah pasu. Dan tidak ketinggalan juga beli 2 pokok orkid. Masing-masing harga rm8.00. Bunga biasa-biasa sajer. Dendro dan asco.



Dendro belum sempat nak download.



Inilah rupa batu-batu pijak yang akak beli tu. Dah letak dalam taman kenek akak tu.

3 ulasan:

fzi berkata...

kak ani..
murahnya sume okid2 kak ani dapat! Vanda selama ari ni saya beli sume rm12 ke atas... best nya kak ani... nurseri yang mana satu tu? senang cari tak?

Kak hanim berkata...

fzi, sebenarnya akak rasa kerana pokok vanda/dendro ni tak tua, jadi dia jual rm8. Dendro harga rm5 pun ada.

Akak beli untuk memeriahkan laman. Lepas tu kita tunggulah dia berbunga lagi.

Kak hanim berkata...

Maksud akak dah tua.

Related Posts with Thumbnails
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Lambaian Orkid |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net