Menyeru datang si pari-pari
Orkid merpati kembang mewangi
Sayang cantik mu hanya sehari
Bunga orkid merpati ni kembang pada minggu lepas. Mulanya aku tak perasan. Pokok ni agak terlindung sebab aku gantung di patio porch. Ketika mengintai pokok-pokok orkid lain nak cari mana yang ada spike, tiba-tiba terbau wangi, pusing belakang nampak orkid merpati ni berkembangan.




Dengan ini pendapat yang mengatakan bahawa orkid merpati hanya berbunga sekali setahun dah tak relevan. Sebab pokok ni baru berbunga dalam bulan Mac atau April lalu. Tapi masa itu dia kembang dengan lebatnya.


Ini kembang awal tahun ini.
4 ulasan:
Salam kak ani...
Saya suka sangat dengan aroma okid merpati nih...hehe
Selamat Berpuasa kak ani....
Betul fzi, lembut baunya.
Selamat berpuasa juga pada fzi sekeluarga.
Nak cuba buat ulasan
testing
Catat Ulasan