Kawan-kawan sealiran

Berbungalah Jugak Orkid Ni




Cattleya berbau harum


Selepas Bersedih hati beberapa lama kerana cattleya yang dibela mogok tak nak berbunga, akhir penantian itu ada juga penghujungnya. Ini pun selepas dibelai, dipujuk, dimarah dan letak berbagai baja, baja nugetlah, baja tahi kambing, baja pillh dan juga baja air yang beli dari Khairi.

Ini masuk spesis cattleya jugak. Dah lama tak bermain di forum orkid, dah lupa nama sebenar orkid-orkid ni.





Beberapa pasu orkid vanda juga berbunga. Vanda mokara warna pink ni dah beberapa kali juga berbunga dalam tangan saya. Sweet sangat dia ni




Vanda ni pun rajin berbunga



Yang ini pun nampak pokoknya lain sikit dari vanda. Kalau ada yang tahu namanya beritahu yer.




Bunganya bulat dan tebal




Ini pernah saya pastekan dalam N3 yang lepas. Masa tu dia belum kembang penuh. Sekarang dah kembang sepenuh. Saya paste sekali lagi. He he


nodusa


Orkid nodusa gambar di atas tu pun rajin berbunga. Mek Penang di bawah ni memang sentiasa berbunga. Baunya harum semerbak. Tiap-tiap pagi kalau ke beranda, dialah yang rajin menegur.


Phal Bellina


Dalam beberapa N3 lepas saya dah pastekan gambar oncidium ni. Bila bunganya dah gugur saya tidak memotong spikenya sebab saya nampak spikenya masih segar. Hasilnya lihat gambar di bawah ni dia berbunga kembali pada spike yang saya tidak potong tu. Ini baru sekuntum yang kembang.



Dendrobium di bawah ni ada 2 pasu. Ini pasu dari pokok anaknya. Spikenya tak berapa panjang. Saya perhatikan kalau bunga dari pasu induknya panjang spikenya.



2 ulasan:

Shida berkata...

Assalamualaikum,

catt no 1 tu cunlah...clump nampak dah besar, mesti makin rajin berbunga lepas tu.

Tanpa Nama berkata...

Waalaikumussalam,

Terima kasih Shida.

Related Posts with Thumbnails
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Lambaian Orkid |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net