Kawan-kawan sealiran

Yang Masih Aktif Berbunga

Laman sungguh saya tak singgah blog orkid sendiri. Masa sangat tidak cukup disamping daya yang tidak berapa kuat.

Tapi walaupun orkid-orkid ni dah jarang-jarang dibelai, nasih baik menyiram dan membajanya dibuat, orkid-orkid ni masih sudi berbunga. Inilah antara orkid-orkid yang berbunga walaupun tuannya hanya memandikan dan memberinya makan saja tanpa belaian dan kasih sayang. Dalam hati sayang tapi tidak dizahirkan sangat. He he.

Nama-nama orkid ni pun sesetengahnya saya dah lupa.

Aerides Lawrenda





Aerides Lawrenda ni semenjak saya beli baru inilah kali pertama dia berbunga selepas bunga yang ada ketika membelinya dulu gugur. Saya suka baunya yang harum. Ada orang panggil twin sisters tapi yang ni tak twin pulak. Masa beli dulu memang twin. He he

Sherry Baby



Sherry baby ni pun wangi. Rajin juga berbunga.

Ray Giganta



Raygiganta ni kerap juga berbunga. Masa dia berbunga saya tak perasan. Kebetulan ketika menyiramnya tu saya terhidu bau wangi, saya pandang pokok orkid satu-satu, rupanya dia yang menegur. Baunya manis-manis sikit.

Nestor





Selepas hampir 2 tahun menunggu, akhirnya nestor ni berbunga juga. Bunganya berbau wangi. Bunganya bertahan dalam 2 minggu. Saya semai orkid dari cutting yang saya beli dengan harga RM10 sekaki.

Cattleya





Saya mungkin tidak begitu rasi dengan cattleya. Cattleya saya jarang-jarang berbunga. Kadang-kadang bila keluar kelopak bunga, dia kering.

1 ulasan:

Orchid de dangau berkata...

Salam,

Gambar pertama dan ke-2: vasco five frienship

Gambar ke-4 : Rhyncovanda Colmarie

Gambar ke-5-6: Aerides Odorata

Related Posts with Thumbnails
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Lambaian Orkid |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net