Tapi nak jadi rezeki, pagi ahad tu, jalan-jalan ke blog tina, nampak tina nak jual pokok gatton sunray yang dia tanam depan rumah dia, wah aper lagi cepat-cepat booking dengan tina. Nasib baik tina kata belum ada orang lagi. Inilah diletak sementara di sini dulu di antara pokok-pokok orkid pinang:

Ini pokoknya. Nampak tak dah ada bunganya. Akak perhatikan semasa dengan tina bunga ni selalu berbunga. Cantik. Harap dah pindah rumah baru di Shah Alam ni samalah rajinnya berbunga yer.

Ini setangkai bunganya yang baru nak kembang. Nanti dah kembang penuh akak pastekan gambarnya kat sini.


Ini pun beli dari tina tadi. Kata tina Phal ni berbau wangi. Sekarang suka tengok phalenopsis ni. cute sangat.
Di bawah ni nodusa yang rajin sangat berbunga. Sekali berbunga paling sikit dalam 3 kuntum. Tapi kali ni 4 kuntum dan ada lagi spike yang dah keluar.



Ini pun tak berhenti2 berbunga.
2 ulasan:
Salam.
Kak Ani, tiap kali tengok orkid yang bawah sekali tu kat mana2 blog orkid, hati saya selalu terkenang yang saya punya dulu. Tak tau silap kat mana, 2 pasu pokok yang dah matured K.O. Pupus terus.... :( sedey....
Sayang yer. Pokok ni kak ani beli didungun masa balik kampong. Dia ni memang rajin berbunga. Tapi akak pun tak tau ID dia.
Catat Ulasan