Kawan-kawan sealiran

Orkid Pinang ( Spathoglottis.)

Di rumah kak hanim adalah pokok orkid pinang ni dalam 5 pasu, ada warna putih, pink, unggu, kuning dan satu lagi tak ingat. Sayangnya yang 2 pasu ni jerlah yang rajin berbunga. Yang lain2 tu nak kata jantan, dulu masa baru-baru tanam semua dah berbunga. Lepas habis bunga tu sehingga sekarang pokoknya subur bukan main, tapi sayangnya tak mahu berbunga. Dah bubuh baja tahi kambing, tahi ayam dan entah apa-apa bajalah lagi termasuk baja cap X. Tapi degil juga. Nampak gaya kena ugut ni. Campak jer ke longkang.

Inilah dua pokok yang rajin berbunga, tak putus-putus.





Inilah penghibur hati.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Lambaian Orkid |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net