Kawan-kawan sealiran

Bunga-bunga berkembangan

Wah dah hampir sebulan rupanya tak update blog ni. Bukan lupa tapi tak ada benda baru yang nak ditulis. Sebok pun ada juga sikit. Balik kamponglah, jalan-jalanlah dan macam-macam lagilah.

Setelah melihat dipersekitaran, nampaknya adalah orkid2 yang lama bercuti tu mengeluarkan bunga. Jadi bolehlah pastekan kat sini.

Mula-mula bunga ni. Vanda agaknya. Bunga dah lama dibeli semasa ke Kuala Terengganu dulu. Selepas gugur bunga yang ada semasa dibeli dulu, dah hampir setahun, baru sekarang berbunga. Puas dialih kesana kemari, tempat redup, tempat kena cahaya matahari. Dipujuk, diugut nak campak jer jika tak berbunga, akhirnya berbunga jugak dia.



Masih kudup



Baru separuh jer kembang

Esok mungkin vanda merah ni akan kembang sepenuhnya.

Dendrobium ni pulak memang rajin berbunga. Harapkan dendro jerlah yang menyerikan rumah ni sikit, yang lain-lain susah nak berbunga. Cattleya langsung senyap sunyi.







Dendro ni sekuntum ni jer kembang, ada 2 kuntum lagi tak kembang



Dendro genting blue

Genting blue ni pun tinggal 2 kuntum jer bunga, selebihnya layu sebelum kembang. Tak tahu kenapa.



Orang kata ini orkid ular

2 ulasan:

fzi berkata...

cantik koleksi okid kak ani.....

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih fzi. Bila berbunga tu seronoklah. Tapi bila sepi tak berbunga, alahai.

Related Posts with Thumbnails
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Lambaian Orkid |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net