Kawan-kawan sealiran

Kembang Juga Akhirnya

Hari Sabtu lepas merupakan hari pertama saya turun ke tingkat bawah rumah saya ni selepas bertapa selama 4 hari di tingkat atas kerana tak berani nak naik turun tangga selepas buat injeksyen lutut ni.

Semasa turun untuk balik ke Dungun, saya nampak beberapa pasu orkid sedang kembang termasuklah sepasu cattleya. Wah lama cattleya merajuk, akhirnya ada juga yang kembang. Kata Sakinah, "wah mama, bunga-bunga kembang sambut mama turun ke bumi". Aku minta supaya sakinah alihkan pasu-pasu tu letakkan di bawah porch supaya tidak terkenan air hujan untuk mengelakkan bunga tu cepat gugur.

Hanya bunga cattleya yang sempat aku snap gambar. Itu pun guna handphone. Bunga-bunga lain tak sempat. Sekarang sekali lagi aku tak boleh ke bawah, tunggulah sehari dua lagi selepas injeksyen keduanya meresap.





Inilah cattleya yang kembang. Ada dua pasu lagi yang sedang mengeluarkan kuntum untuk kembang.

Memandangkan saya tak boleh ke tingkat bawah untuk melihat bunga-bunga disitu, saya jalanlah perlahan di beranda ni, tengok bunga-bunga yang kembang. Saya pastekan balik orkid yang telah saya pastekan dalam entri lepas. Sekarang bunga-bunga ni dah berkembang sepenuhnya.







2 ulasan:

fzi berkata...

Salam kak ani...
Ohh dah selamat buat injection dah kak ani...awal2 ni jangan banyak bergerak sangat ya kak ani...banyakkan rehat...

Cantik sume okid yang kembang tu...lebat sungguh okid kak ani yang kuning tu...berkuntum-kuntum kluar dari satu tangkai..

Kunang-Kunang berkata...

Orkid ni sebenarnya kak ani beli di Hewdengan harga rm7. Bunga lelong agaknya. Masa dengan kak ani ni dah 2 kali berbunga. Kali ni memang lebat sungguh,

Related Posts with Thumbnails
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Lambaian Orkid |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net