Kawan-kawan sealiran

Lama Merantau Kembali Semula

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Lama saya tak pulang ke sini. Saya cuba membina rumah orkid baru di kampong saya yang lain. Tapi saya tak dapat melupakan kawan dan jiran saya di rumah ini. Jadi saya kembali ke sini semula.


Anosmum

Ini adalah orkid anosmum yang saya lekatkan pokoknya pada sekeping papan dan saya ikat pokoknya ditiang porch rumah saya. Kali pertama dia berbunga. Bunganya agak terang berbanding dengan bunga pada pokok yang saya gantung dipokok mengkudu, bunganya agak gelap. Mungkin sebab di bawah pokok ni lebih teduh berbanding di porch yang mendapat banyak cahaya matahari.




Saya pernah lekatkan gambar ini
dalam blog kerdipanrohani.




Cattleya

Cattleya ini bunga kecik2 jer. Pokok ni saya letakkan di beranda rumah saya memandangkan dia tak boleh mendapat matahari 100%. Rajin juga berbunga.



Mimi Palma

Buat masa ni 3 pasu Mimi Palma sedang yang berbunga. Gambar di atas dari 2 pokok. Mimi palma ni berbau harum dan rajin berbunga. Mimi palma dirumah saya ada 2 warna, iaitu kuning dan purple.



Doritis

Doritis ni pun rajin berbunga dan tahan lama. Memandangkan gambar bunga yang baru (gambar no.1 ) tu tidak berapa jelas saya lekatkan sekali lagi gambar lama untuk lebih jelas.


Dorosa kuning

Dorosa ini pun rajin berbunga kalau kita rajin menyiram dan membelainya.



Dendrobium


Ini jenis dendrobium, tapi saya dah lupa namanya. Gambar bawah tu keseluruhan tangkainya. Sayang gambar tak berapa jelas.

Seminggu sebelum puasa saya telah ke pasar tani mega berhampiran dengan Stadium Melawati Shah Alam. Tujuannya nak tengok-tengok jer. Tapi dah dasar gilakan orkid, akhirnya saya beli juga cutting orkid dengan bersabar tidak membeli yang lain memandangkan yang di rumah dah liar tidak berbela.



Baru selama selepas sebulan, saya tanamkan cutting-cutting tu dalam pasu dan gantung. Angin 'malas' terlalu kuat dibadan dalam bulan puasa nak bertanam-tanam. Nasib baik pokoknya tak mati.

Jumpa lagi kalau ada orkid berbunga nanti.......................

Tak belai Pun Menjelma Juga





Lamanya tak balik rumah. Baliknya saya kali ni saya bawak bunga cattleya yang merah menyala ni sebagai pembuka pintu rumah dan penyambut tetamu kali ini. Semenjak saya alihkan pasu-pasu cattleya ni ke tempat yang boleh mendapat matahari pagi dan sedikit matahari petang, nampaknya ada perubahan walaupun saya hanya menyiramnya saja.

Bila tengok cattleya2 ni dah rajin mengeluarkan bunga, naik semangatlah pulak untuk aktif balik, tapi tulah, keadaan sikit sangat adanya. Ni ada lagi sepasu cattleya yang berbunga. Dia ni mengeluarkan bau yang manis dan wangi. Tahan jugak nampaknya kembangnya tu, dah lebih seminggu kembangnya.





Selain cattleya yang galak berkembang, bunga doritis ni juga kembang. Kalau tak silap ingatan saya, namanya doritis, dah lama tak main dengan nama-nama orkid ni. Semenjak bunga yang kembang semasa dibeli dulu, inilah pertama kali pokok ni berbunga.






Cantik bersih bunganya. Ini pun lama juga bertahan.

Ini pulak ray giganta, rajin jugak berbunga walaupun ketika beli dulu, lama baru dapat bunganya. Selepas berbunga sekali, kerap pulak dia berbunga. Bunganya berbau wangi.






Anosmum ini juga pertama kali berbunga selepas saya pindahkan dari pokok induknya. Pokok induknya hingga sekarang tak berbunga semula.




Di bawah ni pula, vanda merah ke orange-orangan. Vanda ni rajin berbunga.




Nampaknya nilah saja cerita dari orkid-orkid saya.

Berkembangan Di Bulan Yang Berkat

Dalam tak berjaga pun orkid-orkid di rumah nampaknya rajin juga berbunga. Berkat bulan puasa, bunga-bunga ni pun nak berbakti juga. Sebagai pembuka N3, saya pastekan dulu gambar Cik Mimi palma kita yang ada 3 pasu sedang berbunga. 1 lagi sedang mengeluarkan spike. Agaknya sekarang musim cik mimi berbunga. Kesemunya berbau harum.








gambar bunga dari dekat, mimi palma ungu/kelabu





gambar bunga dari dekat, mimi palma kuning


Selain Cik Mimi palma cattleya juga mengeluarkan bunga, seronok tengok yang putih bersih kembang diiringi bau yang wangi


Cattleya putih yang wangi





Cattleya orange tak berbau


Orkid dibawah ni saya dah tak ingat namanya, mungkin aerides (tak sure ejaan betul ker salah)


Ketika baru kembang, merahnya begitu menawan kalbu



Ini pula selepas seminggu, tahan bunga ni
hingga sekarang masih bertahan.Salah satu orkid
yang rajin berbunga.


Saya ada beberapa pasu orkid spatho atau orang panggil orkid pinang ni. Ada warna maroon tapi jarang berbunga, kuning pun ada, jarang juga berbunga. Di bawah ni spatho yang memeriahkan rumah di bulan Ramadhan ni.


Spatho putih


Spatho putih ini sebenarnya orkid liar. Saya ambik semasa dalam perjalanan ke Cameron Highland. Inilah pertama kali berbunga selepas 2 tahun lebih menanamnya. Bunganya masih segar hingga sekarang.




Spatho pink lembut ni rajin berbunga,
sentiasa berbunga sepanjang musim


Spatho pink ni jenis jenis hybrid. Sentiasa berbunga. Dek kerana sentiasa berbunga, kadang-kadang terlepas pandang pulak pada dia. Kesian.




Oncidium kuning.


Ini jerlah kuntum yang tinggal. Selebihnya dikerjakan dek kumbang durjana ketika dia masih kudup lagi. Memang dasar kumbang suka merusakkan bunga. Uuk-uuk. Sedih.

Di bawah ni orkid sherry baby, adik beradik oncidium jugak rupanya. Bezanya dia berbau wanngi dan bewarna maroon.




sherry baby.


Inilah saja nampaknya untuk kali ini. Selamat berpuasa. Nanti kalau ada masa saya akan paste lagi bunga-bunga lain.
Related Posts with Thumbnails
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Lambaian Orkid |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net