Kawan-kawan sealiran

Sedang berkembang Sambungan.........

Ini ada lagi gambar orkid yang sedang kembang di rumah





Mimi Palma. Wangi sangat2. Yang di no 2 tu Tina tolong belikan. Semenjak november tahun lepas menunggu dengar sabar. Dan inilah hasilnya. Yang di atas tu kak ani beli di sungai buluh, ini kali kedua berbunga. clumpnya besar. Baru-baru ni dah dipisahkan dan buat pasuan semula.





Phalaenopsis ni dibeli di nurseri LC masa ke sana dengan tina dan kejariah. Dah berkembang bunganya. Ini pun wangi.



Dah berkembang habis kuntum-kuntumnya.

Mengharumi Laman

Sekarang ni beberapa pokok orkid sedang mengembang di rumah. Apa yang sangat mengembirakan kak ani ialah pokok yang berbunga ni adalah pokok orkid yang dah lama di beli tapi tak pernah berbunga dan juga yang dah lama mogok tak berbunga kini berbunga.



Rhy giganta red (Aku harap ejaan aku ni betul)

Inilah bunga yang mula-mula tina tolong belikan. Terima kasihlah tina. Bunga ni harum sangat baunya sepanjang hari.



Yang ni rajin berbunga, kawan kak ani (paradox) kata dia panggil pokok ni phal pasar malam, mungkin sebab ada dijual di pasar malam. Tapi akak beli bukan di pasar malam, beli di nurseri. He he. tak aperlah, pasar malam, pasar malamlah, janji dia rajin berbunga.

Yang dua ni pulak, semenjak habis bunganya ketika beli dulu, inilah baru berbunga semula



Yang ni pulak akak tanam dari cutting, ini pertama kali berbunga.



Dua-dua ni kalau tak silap mokara namanya. Kalau silap betulkan ek.



Yang ni pulak kali kedua berbunga selepas dibeli dulu.



Dendrobium yang selalu berbunga. Tapi tak tau dendro aper.

Nanti sambung yer.

Sweetnya dendrobium

Semalam kak hanim, tina dan kejariah berdangdut (pinjam kata-kata tina) di Nurseri LC di Taman OUG. Inilah pertama kali ke sana walaupun selalu mendengar nama LC disebut-sebut. Dah berapa kali buat date dengan tina nak ke LC tapi selalunya ada saja halangan.

Hari ini jadilah dating ni nampaknya. Tapi sekarang kalau tanya macam mana nak ke LC lagi, rasa-rasanya mahu terkebil-kebil dulu baru boleh jawab. Sebab jalannya berbukit2, tak berapa faham. Tiba di nurseri, wooi wooi besarnya ladang orkid dia. Mau berdenyut lutut ini kalau nak meround keseluruhan ladang tu. Jadi kami ke tempat-tempat yang kami rasa mungkin berjumpa impian hati selama ini. Wah, nama tina di laung-laung dan jadi sebutan. Layanan sungguh memuaskan.

Akhir beli bunga-bunga ini.

Dedrobium ni pada mata kak hanim sweet sangat





Related Posts with Thumbnails
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Lambaian Orkid |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net