Kawan-kawan sealiran

Dendrobium & Phall Bellina



Phal Bellina


Phall Bellina ni tak putus-putus berbunga, bersilih ganti. Tadi saya letakan baja dalam pasu-pasu orkid di beranda rumah. Harap-harap mereka rajinlah berbunga.





Ini pula dendrobium yang rajin berbunga tu. Ada 2 spike yang dah kembang betul, satu lagi masih kudup dan satu spike lagi baru keluar.



Inilah nampaknya sepasu cattleya yang mengeluarkan spike. Mudah-mudahan yang lain mengikut. Saya nak cuba cara yang Fzi beritahu, iaitu salah satunya baja dengan kerang mentah.

Oncidium, dendrobium, finlay dan vanda berkembangan





Inilah pertama kali orkid oncidium ini berbunga agak panjang spikenya iaitu lebih kurang 1 kaki. Selalunya ia berbunga lebih kurang 4 hingga 5 kuntum sahaja. Oncidium ni rajin berbunga.







Orkid rethendra (kalau tak silap namanyalah. Bungalah dah setahun dalam jagaan saya, selepas habis bunga semasa dibeli, baru inilah pertama kali ia berbunga. Itu pun selepas di alih ke sana kemari. Sekejap kena panas matahari, sekejap alih tempat tak kena matahari 100%. Akhirnya berbunga, seronok juga dah sekian lama tak berbunga.









Dendrobium memang jenis orkid yang rajin berbunga. Harapkan dendrolah yang jadi menyejuk mata.



Ini adalah pokok finlay yang saya kait dari pokok ditepi jalan tak berjauhan dari rumah. Orkid finly ni tumbuh di pokok tu. Ini pun ditolong oleh adik yang jual nasi lemak tu menjoloknya baru dapat. Pokoknya agak tinggi. Saya ambik separuh dan tinggalkan separuh di pokok tu. Pokok yang saya ambil tu saya pecahkan ke dalam 2 pasu. Ini baru satu pasu yang berbunga sulung. Lagi satu pasu belum berbunga lagi.

Tiap kali saya lintas pokok yang saya ambil orkid ni saya akan perhatikan sama ada dia berbunga atau tidak, tapi nampaknya belum berbunga lagi. Seorang kawan pernah kata, kalau dah minat orkid, kat mana-mana pun mata nampak orkid. Buktinya:



Anak orkid ni saya jumpa semasa bercuti di Fraser's Hill. Tumbuh di salah satu pokok besar di situ. Ia tumbuh di batang pokok yang agak bawah jadi dapat saya ambik. Tengoklah kalau umur dia panjang, kita akan tahu orkid apa tu.





Ini pula vanda, mungkin vanda makora kot. Tak taulah.

Sayangnya cattleya saya masih tak mahu berbunga, cuma saya nampak ada satu yang sedang mengeluarkan spike, tengoklah ada rezeki saya besok, kembanglah dia mudah-mudahan.

Lamanya Tak Masuk Ke sini

Lama sungguh saya tak menjengok rumah orkid saya ni. Semenjak entri terakhir hari tu banyak juga bunga yang kembang. Sayangnya saya kekurangan masa untuk ke sini.



Selepas cattleya putih kembang, cattleya ni pula kembang. Sayangnya cattleya ni kembang tak lama. Tidak seperti cattleya yang putih hari tu. Dia ni bertahan lebih kurang 4 hingga 5 hari saja.

Di bawah ni orkid vanda mokara yang rajin jugak berbunga.





Mini dendrobium seperti biasa rajin kembang. Bunga ni saya tanam dalam bakul.





Phalenopsis ni saya beli semasa Pameran Orkid di SACC tahun lalu. Genap setahun satu pokok mengeluarkan bunga. Yang lain nampaknya belum bersedia lagi.





Saya beli 3 pasu. Saya lekatkan dibatang pokok seperti di atas.

Ini Phal Bellina, rajin berbunga, tak putus-putus. Bertukar ganti. Harum semerbak





Ini pun rajin berbunga. Phal ni tak berbau.



Oncidium pun ada 2 pasu yang berbunga. Ini salah satunya



Saya perhatikan semenjak hujan kerap turun sekarang ni orkid arudina saya rajin berbunga. Sekarang saya rasa faham sedikit dengan pokok orkid ni, iaitu ia perlu rajin disiram untuk memgalakkan dia berbunga.



Related Posts with Thumbnails
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Lambaian Orkid |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net