Kawan-kawan sealiran

Orkid-orkid Ku


Finlay




Pagi tadi selepas breakfast masa nak menyiram pokok-pokok orkid tiba-tiba ternampak finlay berbunga 3 tangkai, wah meriahnya. Inilah pertama kali finlay ni berbunga 3 tangkai sekaligus dan ada lagi satu tangkai sedang berputik.

Bila perhatikan ada juga dua tiga pasu lagi orkid yang berbunga, saya ambil kesempatanlah untuk membuat sesi fotografi untuk orkid-orkid ni.


cattleya

Cattleya yang baru habis bunganya musim lepas, berbunga lagi 2 kuntum. Alhamdulillah, wangi semerbak.


Phall. bellina

Phall bellina atau kawan-kawan panggil 'penang girl' ni pun sentiasa berbunga dengan mengeluar baunya yang harum semerbak.


Ini pun rajin berbunga dan kembang lama



dendrobium





dendrobium genting blue



Ini juga dendrobium genting blue juga

Dua orkid dendro di atas adalah dari jenis genting blue tapi mungkin imbasan cahaya semasa mengambil gambar jadi warna tu betul-betul biru. Sesi fotografi ni berjalan dengan menggunakan handphone sahaja.


Tak Pasti namanya Mungkin species Vanda juga



Vanda mokara

Bunga vanda pink ni pernah saya paste disini dalam N3 terdahulu. Masa tu vanda ni belum bloom betul, sekarang dan bloom sepenuhnya.

6 ulasan:

Shida berkata...

Finlay saya jugak yg belum nak berbungaaa....

fzi berkata...

Salam kak ani...
Woww banyaknya kuar okid kak ani tu... tentu meriah laman kak ani dengan bunga sana-sini... sume-sume cantik kak ani... :)

Tanpa Nama berkata...

Salam Shidah,

Akak ada 4 pasu finlay ni. Yang ni jer rajin berbunga. Yang lain tu tak taulah. Sabar jerlah.

Tanpa Nama berkata...

Waalaikumussalm Fzi,

Terima kasih.

Akak sungguh kagum tengok orkid Fzi rajin sungguh berbunga. Akak bela aredas (betul tidak ejaan) sehingga sekarang, pokok subur berbunga tak nak. Begitu juga dengan anosmum, subur sampai beranak pinak, tapi tak berbunga.

fzi berkata...

Salam kak ani...
Alhamdulillah timakasih kak ani sempat ke sana tengok mana2 okid yang keluar tu...:)

Anosmum dan aerides tu saya rasa elok kak ani try siram ngan air basuhan beras *nak suggest air ikan takut kak ani tak tahan baunya pulak* ... air beras ni sejuk InsyaAllah baik untuk orkid yang lasak cam mereka mereka tu...hehe

Air basuhan beras/ikan memang saya simpan kak ani, siap2 letak satu baldi bertutup dekat sinki, bila nampak baldi baru teringat nak simpan kalu tak terbabas buang camtu je... :)

Kunang-Kunang berkata...

Salam Fzi,

Maaflah lama kak ani tak masuk sini, petua-petua Fzi tu akan akak ikut.

Sekarang orkid nestor yang akan share dengan shidah ketika membelinya dan mula mengeluarkan bunga.

InsyaAllah besok bila dah kembang bunganya akak pastekan kak sini.

Related Posts with Thumbnails
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Lambaian Orkid |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net