Kawan-kawan sealiran

Janganlah Merajuk, Mari Nak Pujuk

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Sekarang ni saya sedang membaikpulih orkid-orkid yang dah lama hanya disiram saja. Itu pun bila free, bila tak free terlupalah pulak nak siram pokok orkid tu.

Semenjak dibelai dan ditumpukan perhatian sikit kepada pokok-pokok ni nampaknya hasilnya menyeronokkan. Orkid-orkid tu dah mula mengeluarkan bunga. Di bawah ni ditepekkan gambar orkid-orkid yang dah berbunga. Selain yang dah berbunga ada dua tiga pasu lagi orkid yang dah mengeluarkan spikenya. Mudah-mudahan ianya tidak dirosakkan oleh serangga perosak memandangkan saya tak suka guna racun serangga.


cattleya putih





cattleya merah


Cattleya putih saya gantung diberanda rumah, dan cattleya merah saya gantung di porch. Kedua-duanya berbau wangi.




Doritis pink


Doritis pink ni dah lama tak berbunga. Tanpa saya sedar, semalam bila saya meletakkan baja ke pasu-pasu orkid ni, baru perasan dah berbunga rupanya. Tapi baru 2 kuntum yang kembang. Doritis putih di bawah ni pula dah saya tepekkan dalam N3 lepas, tapi masa tu belum kembang semua kuntumnya. Sekarang dah kembang, saya tepekkan sekali lagi.


Doritis Putih


Di bawah ni saya tepekkan pula orkid vanda. Saya dah tak ingat nama sebenar orkid ni. Jenis ni rajin juga berbunga.




Vanda




Vanda ni kembang bulan lepas. Saya belum tepekkan gambarnya dalam mana-mana N3 lagi.

Ini pula nadosa yang kebetulan kembang 4 kuntum pada tangkai yang sama. Di bawahnya nadosa pink. Nadosa pink ni tinggal kenangan, tak tak ada bunganya. Sengaja saya tepekkan untuk kenangan.




Nadosa


Dendrobium dibawah ni antara orkid dendorium yang saya ada. Yang warna orange tu saya tak tahu namanya, tapi yang bewarna ungu tu nama genting blue.






Genting blue


Mimi Palma ni dah pernah saya tepekkan dalam N3 lepas. Sekarang masih segar dan masih mengeluarkan bau yang harum semerbak. Kebetulan 2 pasu berkembangan.


Mimi Palma Purple


Berhenti dulu yer. Nanti ada bunga kembang, kita cerita lagi.

13 ulasan:

AI berkata...

Salam Kak Ani...

Cantik2 bunga orkid Kak Ani...menjadi semua nya...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Al,

Terima kasih sudi lapangkan masa singgah kebun orkid akak ni.

Hanis Azla berkata...

cantiknya bunga2 akak tu.. tentu berseri2 rumah akak di hiasi bunga2 yang orkid yg berwarna warni itu..

Kunang-Kunang berkata...

Hanis,

Terima kasih singgah.

Bunga2 ni silih berganti kembangnya. Kalau kebetulan kembang serentak seronok juga.

gadisBunga berkata...

amboi auntie....okid2 berkembangan. berseri rumah! :D

Kunang-Kunang berkata...

GB,

Terima kasih singgah blog orkid auntie ni. Ada masa lapang singgahlah, InsyaAllah kalau ada orkid yang berbunga auntie akan pastekan gambarnya kat sini.

LadyBird berkata...

salam kak kunang-kunang.. cantiknye orkid2 ni.. mudah tak tuk jaganya?

azie7575 berkata...

Aslmkm kunang kunang..
Azie suka nengok gambar orkid nih.. cantik dan menarik... penah cuba menanamnyer... hihi tp yg kelakornyer.. hanya daun jer yg makin membesar.. takder bunga pon..

LadyBird berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Kella berkata...

cantik orkid2nya.. salam kenal ya kak... moga kekal sentiasa.. =)

Kunang-Kunang berkata...

Kella,

Terima kasih sudi singgah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Azie,

Memang menanam orkid ni kena sabar sangat. Tapi bila dia dah start berbunga, InsyaAllah dia akan berbunga lagi.

Tugas kita siram, letak baja dan bercakap selalu.

Kalau dia tak nak berbunga juga, pujuklah dia, tak makan pujuk, ugut dia. He he cubalah, mana tau.

Kunang-Kunang berkata...

LadyBird,

susah nak cakap. Ada yang rajin berbunga. Tapi pokok orkid ni susah mati, janji kita siram dan baca dia selalu.

Related Posts with Thumbnails
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Lambaian Orkid |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net