Kawan-kawan sealiran

Yang Sedang Mekar Di Rumah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Di rumah buat masa ni ada beberapa pasu cattleya yang sedang berbunga. Seronok tengok. Di bawah ni ada beberapa gambar mengenai bunga cattleya yang sedang berbunga di beranda rumah saya dan di taman cenonik saya tu:





Cattleya orange yang sedang lebat berbunga di beranda rumah saya. Kali ini dua tiga tangkai dia berbunga. Cattleya di bawah ni juga sedang berkembang di beranda rumah saya. Alhamdulillah.


Cattleya merah ni (maaflah saya dah tak ingat nama cattleya ni sebenar) rajin juga berbunga. Saya gantung orkid cattleya ni di porch rumah saya.



Ditaman cenonik didepan rumah saya ada juga kembang beberapa pasu orkid. In saya pastekan gambar-gambarnya.



Ini kalau tak salah saya vanda mokara. Dia ni jarang-jarang berbunga, tapi kalau dah berbunga puaslah kita memandangnya kerana dia ni tahan lama.



Anosmum ni saya ada tanam beberapa pasu. Jadi dia bergilir2 berbunga. Masa baru-baru tanam dulu, jenuh jugaklah nak tunggu dia berbunga. Alhamdulillah bila dah berbunga, rajin pulak berbunga.

Cik Mimi Palma kuning dan purple ni juga sedang semerbak harum di taman cenonik saya ni. Cik Mimi Palma ni pun rajin berbunga. Saya ada tanam beberapa pasu di rumah, jadi mereka ni pun bergilir2 juga berbunga.



Orkid sherry baby ni juga berbau harum. Sentiasa berbunga.


Seperti biasa setiap N3 saya selalu ada orkid nadosa ni. Memandangkan saya ada warna pink, orange dan kuning, jadi bergilir-gilir dan kadang sekaligus mereka berbunga.



Di bawah ni beberapa jenis dendrobium yang sedang berkembang di beranda rumah saya. namanya minta maaflah dah lupa.






Ini saja untuk kali ini, InsyaAllah ada masa saya tampalkan lagi orkid2 yang berbunga.

2 ulasan:

MulutPayau berkata...

cantiknya bunga2 okid tu....

Kunang-Kunang berkata...

MP,

Terima kasih lapangkan masa singgah. Ada masa jemputlah lagi.

Related Posts with Thumbnails
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Lambaian Orkid |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net